Gold weekly chart, next resistance 1501 @ fibo 50%, RSI pointing up @ 32 ... go go go!!
Happy trading!!
Cash Flow, Gold, Silver, Stock Market, Property Investment & Financial Freedom
Saturday, April 27, 2013
Sunday, April 14, 2013
Steamboat buffet lagi??
Salam hujung minggu dan salam 1 Malaysia.
Kali ni sekali lagi, kami sekeluarga telah mencuba steamboat buffet di restoran yang baru dan berdekatan di Skudai. Restoran yang dimaksudkan adalah Heaven Steamboat & Grill yang terletak di Taman Pulai Utama Skudai.
Di samping itu, sebagai pencuci mulut, 2 peti sejuk aiskrim pelbagai perisa disediakan. Seperti biasa, kita boleh menikmati makanan ini sebanyak mungkin, asalkan tak membazir.
Kali ni sekali lagi, kami sekeluarga telah mencuba steamboat buffet di restoran yang baru dan berdekatan di Skudai. Restoran yang dimaksudkan adalah Heaven Steamboat & Grill yang terletak di Taman Pulai Utama Skudai.
Peta lokasi restoran
Suasana di restoran
Secara peribadi, suasana di sini amat selesa, parking yang cukup banyak dan layanan yang terbaik dari pihak restoran. Pelbagai juadah yang sedia dimakan disediakan seperti roti John, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng dan nasi putih. Bagi makanan untuk steamboat dan grill pula, terdapat pelbagai pilihan makanan segar disediakan.
Antara bahan steamboat yang disediakan
Lagi bahan-bahan steamboat
Dan lagi...
Dan lagi...
Pelbagai jenis bebola ikan, ketam, udang, sotong dan lain-lain disediakan sebanyak 2 peti sejuk. Pilihan yang memang cukup banyak pada saya.
Bagi makanan grill pula, bahan makanan yang disediakan tak kurang banyaknya. Rambang mata nak memilih..
Ayam, daging, peparu dan hati
Udang, sotong kerang dan kepah
Antara perisa aiskrim yang disediakan
Lagi perisa aiskrim yang ada
Secara kesimpulannnya, makanan yang disediakan cukup banyak dan pelbagai pilihan. Memang amat puas hati. Heaven Steamboat & Grill dibuka setiap hari, jadi boleh datang pada bila-bila masa. Harga buffet yang ditawarkan pula, amatlah berbaloi-baloi..
Berbaloi tak??
Buat rakan-rakan yang ingin mendapat maklumat terperinci mengenai Heaven Steamboat & Grill, boleh layari facebook mereka seperti di bawah..
Buat rakan-rakan yang ingin mencuba steamboat & grill secara buffet, saya cadangkan restoran ini. Nantikan review seterusnya di restoran yang terbaru. Thanks.
Monday, April 8, 2013
5 years already??
07 April 2013, genap 5 tahun bergelar employee Malakoff, bermakna 5 tahun juga aku telah bertapak di bumi Johor. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran dah dilalui. Terima kasih buat company yang memberi peluang dan ruang yang cukup untuk "self-development".
Terima kasih juga buat Nur Akmal dan famili, dan tak lupa teman2 seperjuangan; ketawa bersama, menangis bersama ... namun hakikatnya bukan mudah...
Thursday, March 14, 2013
Dividen 2012 Bank Rakyat 18%
Salam ukhwah dan Salam 1 Malaysia.
Pada hari ini 14 Mac 2013, dividen Bank Rakyat telah diumumkan iaitu sebanyak 18%. Ia merangkumi tunai sebanyak 16% dan saham bonus 2%. Buat yang telah lama menunggu, pastinya berita ini amat menggembirakan kita semua.

Untuk bacaan lanjut, klik di sini
Pada hari ini 14 Mac 2013, dividen Bank Rakyat telah diumumkan iaitu sebanyak 18%. Ia merangkumi tunai sebanyak 16% dan saham bonus 2%. Buat yang telah lama menunggu, pastinya berita ini amat menggembirakan kita semua.

Buat rakan-rakan yang memiliki saham Bank Rakyat dan mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat, dividen anda akan didepositkan terus ke akaun simpanan bermula hari ni. Tak percaya try withdraw, saya dah buat tadi. Memang tidak mengecewakan!!!
Untuk bacaan lanjut, klik di sini
Tuesday, March 12, 2013
Makan steamboat & grill??
Salam ukhwah dan salam 1 Malaysia.
Dah lama teringin nak makan steamboat & grill kat Johor Bahru, finally dapat juga merasa makan kat Larkin. Kali ni kami memilih makan di Otai Steamboat & Grill setelah 2 lagi tempat steamboat yang dituju tutup. Kita orang bergerak dalam hujan lebat, memang tersangat lebat hujan petang Ahad tu.

Hujan lebat, berhenti solat kat masjid di Larkin

Ayam, daging berempah dan blackpepper.

Fish ball, fish cake, bebola ketam, udang, macam2 la dalam ni

Sos blackpepper dan sos Thai pon ada, di samping mayonis

Makanan2 yang dihabiskan oleh kami

Aina dan Alya sibuk grill, makan tak banyak mana pon

Bunting Otai Steamboat & Grill
Kami mula masuk kedai pukul 6 pm, makan-makan sampai 7:15 pm. Hujan dari lebat pon dah berhenti. Makanan disediakan secara buffet, so masing-masing boleh pilih dan masak apa yang menjadi pilihan hati.
Dari sudut harga, amat berbaloi-baloi. Dewasa RM19.90 dan kanak-kanak RM9.90. Siap ada dessert ice-cream lagi. Kedai ni dibuka dari pukul 5pm hingga 1am, hari Isnin tutup. Boleh makan sepuas hati, asalkan tak membazir. Makanan yang tak habis akan dicaj RM10/100 gram.
Buat yang ingin buat tempahan atau makan besar, boleh contact nombor di photo. Lepas ni nak try steamboat di tempat lain plak. Ok, bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)











